Transkripsi terbalik Transkripsi (biologi)

Tatarajah transkripsi terbalik

Sesetengah virus (seperti HIV, penyebab AIDS), mempunyai keupayaan untuk menyalin RNA ke dalam DNA. HIV mempunyai genom RNA yang ditranskripsi secara terbalik menjadi DNA. DNA yang terhasil boleh digabungkan dengan genom DNA sel perumah. Enzim utama yang bertanggungjawab untuk sintesis DNA daripada templat RNA dipanggil sebagai transkriptase terbalik.[64]

Dalam kes HIV, transkripase terbalik bertanggungjawab dalam mensintesis untaian DNA pelengkap (cDNA) kepada genom RNA virus. Enzim ribonuklease H kemudiannya mencerna helai RNA, dan transkripase terbalik mensintesis untaian pelengkap DNA untuk membentuk struktur DNA heliks berganda (cDNA). cDNA disepadukan ke dalam genom sel perumah oleh enzim integrase, lalu menyebabkan sel perumah menjana protein virus yang terhimpun semula menjadi zarah virus baharu.

Sesetengah sel eukariot mengandungi enzim dengan aktiviti transkripsi terbalik yang dipanggil telomerase. Telomerase membawa templat RNA dari mana ia mensintesis telomer, sejenis urutan DNA berulang, di penghujung kromosom linear. Ia adalah penting kerana setiap kali kromosom linear digandakan, ia menjadi pendek. Dengan telomer di hujung kromosom, pemendekan menghilangkan beberapa urutan berulang yang tidak penting berbanding jujukan DNA pengekod protein yang terletak jauh dari hujung kromosom.

Telomerase sering diaktifkan dalam sel barah untuk membolehkan sel barah menyalin genom mereka tanpa had tanpa kehilangan urutan DNA pengekod protein yang penting. Pengaktifan telomerase boleh menjadi sebahagian daripada proses yang membolehkan sel kanser bersifat abadi. Faktor pengabadian kanser melalui pemanjangan telomer akibat telomerase telah terbukti berlaku dalam 90% daripada semua barah karsinogen in vivo, dengan baki 10% menggunakan laluan penyelenggaraan telomer alternatif yang dipanggil pemanjangan telomer alternatif (ALT).[65]